gambar contoh/hiasan
Assalam dan hi :)
Adalah 2 3 orang yang bertanya, apa dia Edible Image ni...? Macam mana nak guna? Sedap ke?
Sejujurnya ada sikit pelikla dengan soalan-soalan tu sbb kalau ikutkan penggunaan Edible Image ni boleh di katakan dah meluas juga. Tapi tak apelah... tak rugi pun kita berkongsi apa yang kita tahu, ye tak...?
So, nak jawab kat sinilah ye. Khusus untuk para pengunjung blog ni. Terima kasih sudi singgah :)
Macam mana nak guna Edible Image?
*** Ada kawan-kawan bakers yang buat kelas yang ajar cara penggunaan edible image. Tapi klu sy sendiri, tak pernah attend mane-mane kelas. Sy memandai-mandai sendiri je hihii... so sy share dari pengalaman sy sendirilah ya. ***
Masa korang dapat sehelai Edible Image tu dia bersaiz A4. So korang kena potong ikut bentuk bulat yang bercetak. Kalau empat segi, maka potonglah empat segi yek... Dah tu, kalau korang rajin, boleh cairkan white choc dengan kaedah double boil. Kalau lagi advance masukkan dalam microwave. Then dengan menggunakan brush, korang sapukan nipis ke permukaan belakang edible image. Elakkan menggunakan choc compound or cooking coklat or ape2 jenis coklat yang berwarna coklat. Sebab kemungkinan akan membuatkan edible image korang selemuih (tau tak selemuih?), tak kemas.
Ni cerita kalau korang rajin.
Tapi kalau sy.... tak rajin! Lepas potong dan kek dah ready, siap berfrosting dengan butterkrim or choc ganache, sy akan terus adjust dan letak atas kek. N terus hias tepi-tepi edible image tu dengan butterkrim/choc ganache. Dah siap semua, andai kek tu nak kena simpan dalam peti ais, sy akan letak dalam kotak kek. Kalau biarkan begitu saja, kemungkinan untuk edible image mengerekot dan berkedut adalah sangat tinggi. So, jangan ambil risiko. Begitu juga jika kek anda dilepa dengan fresh krim!
Faham?
Good... :)
Apa tu Edible Image?
Kalau ada baca di entry pertama, sy ada bagi penerangan ringkas tentang apa itu Edible Image. Tapi tak ape... sy ulang lagi :)
Edible image ni terhasil dari gula aising dan tepung. Permukaan atasnya dicetak dengan karektor perbagai mahupun boleh mencetak wajah diri sendiri dan orang tersayang untuk diabadikan di atas sebiji kek, dengan menggunakan dakwat dan pewarna yang dibenarkan untuk dimakan.
ok, faham?
Good :)
Sedap ke?
Sy selalu juga menerima soalan ini. Untuk kek dan perbagai makanan. Dan jawapan sy selalunya adalah ini... sedap itu sangat subjektif. Selera setiap dari kita tidak sama. Untuk itu, adalah kena jadi manusia yang berani mencuba dan nilaikan sendiri. Hanya anda yang ada jawapannya.
ok?
#okbai!
.
.
.
.
.
Jom tempah Edible Image:
Fiza Nordin
017-3113 226
* whatsapp sahaja *